Friday, May 15, 2015

Antara Intan, Permata dan Kayu, eh?

Assalamualaikum. Kalau Islam jawab walaikumussalam. Kalau bukan Islam, jawab salam sejahtera. Kalau both, kau kena cepat-cepat kembali ke pangkal jalan. 

Tujuan aku menulis hanya satu;

Berkongsi. Kata sharing is caring, kan?

Sebenarnya aku nak meluahkan perasaan perihal kawan. Eh, panjang pulak introduksi aku. Teringat kata si Abang Keram a.k.a Alexia Aqram, dalam kitab Terfaktab tu, Makan Dalam. Katanya, aku quote eh, 
"Aku sering terjebak dengan introduksi.Lama-lama aku fikir bahawa introduksi ini lebih kurang seperti budaya Melayu yang suka cakap berlapis atau tidak suka berterus terang. Jadi, persetankan introduksi." 

Sudah-sudah. Mari kita ke intipati yang sebenarnya.

                Kawan, apa itu kawan? Kawan tu orang yang menjahanamkan kau atau yang membetulkan kau? Dalam banyak – banyak kawan, aku definisikan kawan aku sebagai orang yang sentiasa memberontak dengan keputusan aku sebab aku ni bodoh--. Masih lagi tak pandai buat keputusan terbaik, aku perlu ada seseorang yang akan mengatakan “tidak” pada keputusan aku, tingkah laku aku, baru aku akan jadi manusia terbaik. So, aku ada satu cerita nak share dengan korang perihal kawan.

Nah, bacalah. Cerita aku tulis ni benda yang betul; benda yang aku tak reka berdasarkan imaginasi aku, sebab imaginasi aku lebih kepada cinta; bukan kawan. 

Biasalah, tipikal melei gurls.

Emily Osment – All the Boys Want. Ni lagu masa aku tulis luahan aku ni. Aku dah taktahu nak buat apa, luah pada siapa, banyak masalah aku. Aku ni bukan jenis bercerita. Aku dah fed up. Fed up berkawan. Kerana apa? Kerana sering disalah tafsir bab berkawan. Aku ni ketua rumah, satu ipts somewhere in Kuala Lumpur. Taknak lah sebut, sebab diorang tak bayar aku untuk aku sebut pun. Antara tanggungjawab kau, dan hubungan kau dengan kawan kau, yang mana kau akan pilih? Aku nak cerita tentang komitmen kita pada manusia; kerana pada Tuhan aku taknak sentuh. Masing – masing pandai jaga, kata dah besar. Ataupun belagak besar tapi masih buat keputusan yang tak beri faedah pada kau untuk jangka masa panjang.
                
Aku jenis tak kisah orang nak benci aku, sebab bagi aku, kalau kau benci aku ke suka aku ke, tak bawak benefit pada aku. So? Just mind your own business, okay?

Oh, speaking of minding up our own business.

Aku terjebak dengan satu masalah kawan aku. Aku bukan jenis berkawan, tapi bila aku ada usaha untuk berkawan, ada je masalah aku dengan kawan aku. Haih. Pening aku. Aku tahu, Tuhan takkan jatuhkan musibah pada hamba dia kalau hamba dia tak boleh hadapi. Dia ni tunang orang. Aku highlight-kan sekali lagi, tunang orang. Basically, dia orang kl. She lives somewhere in Damansara. Dia dulu matriks, where, somewhere in Johor if I am not mistaken. Dia ni liar, liar(liar melilau, bukan penipu) as in mean tak ingat dunia nak berfoya yang dia tu tunang orang. Macamana aku boleh terlibat dengan masalah dia? Ada satu malam tu mak dia datang rumah, biasalah firasat ibu; sentiasa betul. Masa tu dia keluar dengan salah seorang budak diploma kampus aku ni. Aku tahu diorang berkawan je, tak lebih – lebih. 

Tapi, lelaki mana yang takkan taruh harapan jika perempuan itu  layan dia macam dia bidadara dunia, bukan?

Mak dia datang rumah. Dalam keadaan yang sangat resah; maksud resah aku tu, menggigil tangan, seperti ingin menangis. Seperti anak dia buat masalah besar pada dia. Mak dia tanya, “Mana dia pergi? Dia keluar bukan? Dia keluar dengan si dia ni kan?,”. Kitorang satu rumah memang sumpah taktahu nak cakap apa, sebab taktahu macamana nak cover dia.
Serious, yang ni tak memain. Salah sorang housemate aku pelawa mak dia duduk kat kerusi; mak dia tolak. Mak dia resah, aku rasa macam melihat mak aku sendiri resah mencari aku yang buat kesalahan.  Mak dia keep on repeating; “Salah aunty, tak didik dia. Salah aunty, manjakan dia,”. Itu yang dia ulang. Kesalahan apa yang anak dia dah buat, aku taktahu. Housemate aku lagi taktahu. Lepastu, mak dia mintak nombor telefon orang dalam rumah yang mak dia boleh contact untuk tanya perihal dia; dan, aku berikan nombor aku. Kerana aku ketua rumah.

Aku tak pernah sangka permulaan malam tu akan membawa aku kepada suatu masalah; masalah bukan perihal aku; tapi aku di drag sekali sebab aku dianggap sebagai back-stabber bila niat sebenar kau, hanya untuk membetulkan kawan kau, disalah anggap.

Dia bertunang bersebab. Aku bukan nak buka aib dia, tapi dia bertunang kerana dah terlanjur dengan tunangnya tu. So, disebabkan that one kind of cirmcumstances, mak dia jadi insekiyo. Mak dia jadi over protective. Mak dia jadi tak tentu hala. Mak dia jadi cepat resah. Mak dia jadi cepat risau. Mak dia jadi cepat cemas. Mak dia jadi cepat rasa something not right is happening. 

Dah memang betul apa yang mak dia rasa, mum’s instinct is always right, right?

Day by day passes by, mak dia boleh dikatakan hari – hari whatsapp aku. Tanya aku dia kat mana, dia keluar dengan siapa, dia tengah buat apa, dia ada kelas atau tak. Eh, aku rimaslah. Rimas. Anak kau, cuba kau jaga sendiri? Aku pernah cuba buat tak layan wassek mak dia, tapi mak dia keep on giving me this one kind of ayat pasrah which was;

Aunty dah taktahu nak minta tolong siapa, aunty buntu, aunty keliru. Semua salah aunty, tak jaga, manjakan dia. Aunty risaukan dia, tolong lah aunty. Aunty memang betul – betul taktahu nak minta tolong siapa,”.

So, kau rasa.

Bila seseorang mak merintih merayu kat kau macamtu, apa kau akan buat? Aku, aku terpaksa tipu mak dia, nak bagitahu dia selalu keluar and balik lewat malam, tak sanggup, tak sanggup tengok mak dia resah. And jugak, aku tak sanggup nak kehilangan kawan. Dia keluar dengan sorang budak diploma ni. Katanya berkawan, tapi kalau berkawan, takkan ada panggilan sayang dalam whatsapp. Dia kena sedar, dia tu tuning orang, milik orang. Tapi? Kalau aku nak masuk campur lelebih pun tak jadi jugak. Sebab diri aku sendiri pun tak sesuci lain, tak se bagus yang lain. Aku ada salah aku juga. Jadi, aku persetankan.

Ada satu malam tu, aku dan kawan aku lagi satu, had this one kind of deep – deep conversation.

                Kitorang tegur dia pasal perangai dia and all. Aku tanya dia, antara tunang dia dengan lelaki yang dia tengah hang out sekarang, siapa lagi sesuai and ada kualiti nak kau jadikan suami? Dia jawab tunang dia. Tapi, kenapa dia keep on keluar dengan that diploma guy? Eh, kalau kawan – kawan mak kau jumpa kau dengan lelaki lain and nampak rapat, and turns out that, that guy tu bukan tunang kau, kau rasa mana mak kau nak letak muka? Dia ni lain sikit. Takboleh tegur lebih – lebih. Dia ni api. Api yang kalau kau genggam bara api, takkan jadi arang pun. Jadi api yang lagi besar, yang tu betul. Aku taktahu macamana nak nasihat dia. Sebab, dia ni lain. Dia keras, rasa diri betul, rasa diri dah cukup matang. Umur dia 20. And I am nineteen. Kau bayangkan budak perempuan umur 19 bagi nasihat perihal hidup dan cinta pada orang yang lagi tua daripada dia? Lepas kitorang nasihat dia, ditemani angin slow dan kedinginan malam yang boleh kitorang nampak klcc daripada balkoni, dia cakap,

“Aku taknak nanti aku menyesal, menyesal sampai aku kehilangan family, friends, tunang aku. But yang penting, aku taknak kehilangan mak aku,”

Mak dia ni memang over – protective gila babi as I mentioned before. So, dia dengan mak dia sentiasa gaduh. Katanya, mak dia kongkong dia. Apa yang aku lihat, mak dia kongkong dia sebab dia tu liar. Rave sana sini, stoned sana sini. Dia pernah crushed up tidur rumah budak diploma tu. Apa reason dia sampai nak tidur rumah lelaki? Eh, kalau kau tu memang perempuan melayu yang tahu agama, tahu adat, tahu status yang kau tu tunang orang, kau takkan sesenang hati and rela tidur rumah lelaki. Kau sorang perempuan and ada lebih kurang tiga or empat lelaki dalam rumah tu. 

Memanglah dia gadis Kuala Lumpur. Se – Kuala Lumpur mana pun kau, ingatlah kau tu anak dara perempuan melayu, Islam.

Aku malas nak cerita panjang, sebab apa yang aku cerita ni, is based on my own experience. Tak tipu. Jadi, lebih banyak aku luahkan dan aku tekan punat – punat on this keyboard kat netbook aku ni, lagi aku sakit. Tu je. Nak pendekkan cerita. Sebab aku yang tulis, ikut suka aku lah.

Dah nak sampai klimaks cerita dah, pagi Selasa. Kelas aku pukul 8. So aku bangun pukul 6.30, keluar daripada bilik aku ke ruang tamu. And,

Aku terkejut sial, (maaflah banyak mencarut, sebab dalam real life pun aku memang banyak mencarut).

Budak rumah aku 4 orang aku takde kat tempat biasa diorang ada. Diorang selalu angkut tilam letak kat ruang tamu sebab dalam bilik panas. Tapi, pagi tu, tilam ada, tuan takada. Sudah, mana pulak diorang pergi. Aku bukan risau sebab apa, aku risau sebab kitorang ni duduk kat the city of Kuala Lumpur man, KUALA LUMPUR. One of the 4 orang is that gurl, so aku whatsapp dia. 

The conversation was macamni, (tak reka tau, conversation ni memang betul).

Aku:       Where did you guys go? (06:38)

Dia:        We went out, breakfast + siapkan assignments and essay bebudak ni. I join je. (06:41)

               I keluar. I tak menggatal. (06:45) – Eh, siapa tuduh kau menggatal?

Then, I decided to whatsapp her mum saying that she wasn’t home for that entire night, and she is still not home. So, mak dia terus whatsapp dia tanya dia kat mana. She called me, that gurl lah, called me tanya “Babe, you ada bagitahu mak I tak yang I keluar and all? Cuz she whatsapp-ed me and tanya I kat mana,”. Adoi. Ok sambung conversation.

Aku:       I tau I percaya u guys. Now baru mama you whatsapp I tanya. Beb whatever you                      want to do, buatlah. Cuz I tengok you dah bahagia sekarang. (07:20)

Dia:        I nak screenshot convo my mom tanya tu. (07:28)

Aku:       Takde idea nak reply apa, so I decided to be honest. Cuz honesty   is the best policy.

            Babe, I am the one who told your mum that you keluar semua. I dah tak sanggup nak cover you semua, umpama I tipu mak I  sendiri. Kalau lepas ni you pilih untuk tak kawan dengan I, tak cakap dengan I, up to you. Hak you.

And.... Guess what? She didn’t reply me.

Mak dia pun satu, yang terus whatsapp dia tanya dia kat mana tu, kenapalah? Confirm lah dia syak aku, sebab dia tahu aku contact mak dia. Tapi bila aku fikirkan balik, ye lah, mak dia risaukan dia. Sebabtu mak dia acted that way.

Lepas daripada insiden tu, dia tak cakap langsung dengan aku. Salah ke aku?

Aku tanya, salah ke aku? Dah seminggu dia tak cakap dengan aku. Kalau aku, aku memang lah marah if someone told my mum that I went out malam tak balik.

Tapi, siapa yang cari masalah starting from the first place? Siapa?

Oh, aku nak share satu lagi perbualan aku dengan kawan aku. Ni semua budak-budak rumah aku la. Takde kaitan pun dengan yang atas tadi. Kenapa takde kaitan? Lantak aku la, aku yang tulis. (Including those deium typos)--

Aku:
Ikut suka kau lah insert name. Kalau kau rasa timbul rasa dan sifat marah pada aku dapat puaskan hati kau, marahlah. Kau lagi matang daripada aku, lebih tahu dunia daripada aku. Fikirlah, aku tak minta kau fikir siapa betul siapa salah, aku tak minta kau bela sesiapa, benci sesiapa, fikirlah. Aku tak berniat nak mengajar kau, aku, cuma berniat nak mengadu. Kalau kau rasa aku ni melebih, cakap lebih, cakap tak serupa bikin, terpulanglah. Hak kau untuk judge aku macamana. Kata pada dia, maafkan aku atas segalanya. Aku Cuma tak lagi rasa “seronok” dalam rumah ni. Aku sayang kawan – kawan aku. Sumpah, aku sayang. Selamat malam insert name, Assalamualaikum.

Insert name:
Aku minta maaf aku terlupa kau whatsapp.
Aku charge phone tadi.
Lepastu budak – budak ni bergaduh.
Hmm aku dah malas nak bergaduh.
I’m listening.
Always dengar sekeliling.
Idk what to say.
Banyak sangat aku dengar.

Aku:
Smiling while crying emoji.
Hm aku pun taktahu nape deep nau aku dengan kau.
Ni maksudnya aku dah tension gila.
Live the life to the fullest je ah.

Insert name:
Kan aku dah cakap ritu.
Sebelum berkata – kata fikir dulu elok – elok.
Kau bagitahu miss aku selalu balik lewat eh?

Aku:
Iyer, aku bagitahu. Maafkan aku. Eh, aku mention kat dia kau balik lambat sekali tu je.
And assignments tu.
Gambar korang assignments tu ada kat Twitter insert name 2en.

Insert name:
Kenapa perlu bagitahu?

Aku:
Because dia dah suspect kau balik lewat. And aku bagitahu before kau kantoi. Kalauu kantoi kena compound. Kalau dia tahu, dia takkan marah kau gila babi.

Insert name:
Cukup sekadar aku bagitahu dia je.
Aku bengang dengan kau sekarang ni actually.
Kenapa perlu bagitahu miss?
Kau tahu dia cepat paranoid kan?
Elok – elok dia dah diam dengan aku, sekarang aku dah kena aim balik.

Aku:
Dia ok. Kau kena sembang dengan dia. Yang tak ok ajk dia. Ajk dia yang mengapi. Aku sampaikan kat dia guna mulut aku. Aku backup kau jugak doh.
Kalau kau nak marah, terpulanglah.
Aku rela hilang kawan daripada dosa aku bertimbun. Sorry.

Insert name:
Lain kali tayah backup aku lagi.
Aku tak minta pun.
Dah lupakan.

Aku:
Apa yang aku mampu cakap; sorry.
Aku pegang tanggungjawab.
Amanah. Kalau aku tak laksanakan tanggungjawab aku, takde kawan yang nak tolong aku menghadap Tuhan kat padang masyhar nanti. Dosa aku pun dah bertimbun, aku takmampu nak tanggung semua. Maaf, bab ni aku pentingkan diri sendiri.
Mungkin maaf ni tak dapat satukan hubungan kita macam dulu. Cuma aku harap takde dendam.
Tu je.

Insert name:
Benda sekarang ni actually kalau tak sebut kat madam takdenye kantoi.

Aku:
Madam duduk sini. Dia nampak semua siapa yang balik lambat. Dia dah tahu, Cuma tunggu aku bagitahu.
Oh oh, soalan kau. Aku bagitahu sebab tanggungjawab aku. Kalau aku halang kau keluar, kau akan keluar jugak..
Aku taknak do gaduh dengan sesiapa.
Tindakan aku ni maybe buat kau benci aku tapi tanggungjawab aku, takbuat, dosa.
Itu je aku fikir.
Kau nak fikir apa, terpulanglah.
Hak masing – masing.

Insert name:
Yelah aku.

Aku:
Aku penat lah insert name. Aku sendiri cari masalah.
Pastu serabut.
Haih.
Kalau kau rasa nak percaya aku atau tak pasni, terpulanglah. Nak berkawan dengan aku atau tak lepasni,terpulang jugak.
Aku harap kau maafkan aku. Tu je.
Goodnight.

Insert name:
Goodnight--

So, apa konklusi yang boleh kita sama – sama gapai daripada semua kata dusta ni?

Bagi aku, aku tak perlu nak risau mereka tak berkawan dengan aku sebab kalau mereka kawan atau tak, diorang tak kasi any benefits pada aku pun. And bagi aku lagi, diorang mungkin takkan sedar apa yang diorang buat sekarang, diorang mungkin takkan hargai apa yang aku buat pada diorang sekarang, diorang akan hargai. Berapa lama masa yang dia perlukan untuk diorang timbul rasa penghargaan pada aku tu, aku taktahu. Mungkin masa diorang dah ada anak esok? Bila diorang tahu betapa risaunya hati seorang ibu bila anak dia keluar semua macamtu? Aku sayang diorang, sayang  sebagai seorang kawan.

Salah ke apa aku buat? Persetankan mereka, wahai diri. Persetankan.

Aku rasa lega lepas aku tulis benda ni. Aku ni bukan jenis meluahkan masalah pada orang kalau aku ada masalah. Aku jenis pendam. Sebab aku tahu; semua orang dah cukup dengan masalah masing – masing. Takkan aku nak tambah masalah diorang dengan memerlukan diorang untuk fikir jalan penyelesaian masalah aku sendiri?

Oh, dan konklusi aku pada masalah aku ni;

Kau takkan mati pun takde kawan, tak mati.
Tau kenapa aku keluarkan statement macamni?

Sebab; 
bukan kawan kau yang bagi kau duit
bukan kawan kau yang sediakan tempat tinggal untuk kau, 
bukan kawan kau yang bagi kau makanan
dan paling penting.

Bukan kawan kau yang bagi kau oksigen.

Okay? Okay.

Adios.

Sorry la for those grammatical errors, korang dibenarkan untuk jadi grammar nazi aku.